Badan Peneraju Industri

Pengenalan ILB

Institut Keluli Malaysia (MSI) telah dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) untuk Sektor Besi dan Keluli oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) sejak tahun 2015 hingga kini untuk melaksanakan tugas berdasarkan keperluan JPK.

Peranan dan Tanggungjawab MSI sebagai ILB adalah seperti berikut:

  • untuk melakukan analisis pekerjaan mengikut sektor Besi dan Keluli dan subsektornya;
  • untuk membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang baru [NOSS] dan mengkaji NOSS yang sedia ada untuk sektor Besi dan Keluli dan subsektornya serta mendapatkan kelulusan daripada Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan MPKK) mengenai NOSS ) yang dibangunkan;

Maklumat lebih terperinci mengenai NOSS: https://www.dsd.gov.my/index.php/perkhidmatan/standard-kemahiran-pekerjaan-kebangsaan-noss

  • untuk membangunkan kurikulum Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk Sektor Besi dan Keluli. SLDN adalah program latihan berorientasi industri yang menggabungkan latihan di tempat kerja dan institusi supaya pekerja dapat dilatih dan meningkatkan kecekapan mereka dalam elemen, seperti: teknikal, sosial & kemanusiaan, dan metodologi & pembelajaran.

Maklumat lebih terperinci mengenai SLDN: https://www.dsd.gov.my/index.php/perkhidmatan/sistem-latihan-dual-nasional-sldn

  • untuk mempromosikan dan mendapatkan penyertaan syarikat dalam program SLDN dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT); dan

Maklumat lebih terperinci mengenai PPT:  https://www.dsd.gov.my/index.php/perkhidmatan/pengiktirafan-pencapaian-terdahulu-ppt

  • untuk menjalankan penyelidikan bagi mengenal pastikan penawaran vs permintaan, teknologi baru serta peluang pekerjaan dan pengayaan pekerjaan;